Friday, December 19, 2008

JANGAN SUKA "TESTING"...

Kisah yang saya paparkan ini adalah kisah benar berkaitan barang mistik. Kisah ini diceritakan oleh sahabat/"guru" saya yang diperolehi daripada sahabatnya (maaf kerana semua nama tidak dinyatakan atas permintaan individu terbabit).
Cerita ini mengenai tanduk pelanduk. Tidak perlulah saya cerita panjang tentang hikmah/hikmat tanduk pelanduk. Yang minat/arif tentang barang mistik sedia maklum bahkan mungkin lebih arif daripada saya mengenai tanduk pelanduk.
Menurut cerita, ada seorang hamba Allah kurang percaya tentang hikmat tanduk pelanduk warisan datuknya. Maka dia pakat-pakat dengan kawan-kawannya untuk "testing". Mula-mula mereka gantung barang itu dan tembak dengan senapang patah kerajaan. Mereka nampak peluru macam tidak mengenai barang (tanduk pelanduk). Mereka tidak puas hati. Mereka masukkan tanduk dalam tin, dan tembak. Tin kena tapi tidak tembus. Mereka masih tidak puas hati. Mereka mau test menggunakan benda bernyawa. Mereka pun tangkap ayam dan gantung tanduk pada leher ayam, kemudian tembak. Ayam kena tapi tidak lut cuma bulu berterbangan. mereka masih tidak puas hati. mereka test pula haiwan bernyawa lebih besar. mereka tangkap anjing dan kalungkan barang pada leher anjing. Mereka pun tembak anjing yang tidak tahu apa-apa itu. anjing kena tapi tidak lut, cuma bulu-bulu berterbangan....TAPI TIMBUL SATU MASALAH! - anjing yang ditembak itu lari lintang pukang dan sehingga kini tidak dapat dikesan, apatah lagi ditangkap. Maka "ghaib" lah barang baik itu sehingga ke hari ini.
PENGAJARAN? - Benda baik bukan untuk "dicobain" sesuka hati. Guna bila terdesak/perlu. Jangan jadi sombong dan takbur. Itu anugerah Tuhan yang ada hikmahnya dan ada gunanya ditempat yang sepatutnya....