Setiap ciptaan Tuhan di alam semesta pastilah ada guna, hikmat dan hikmahnya. Jika tidak, tentu ini berlawanan dengan sifatNYA - Maha Bijaksana. Musthil DIA mencipta main hentam keromo macam manusia yang lemah ini. Tidak mempercayai hakikat ini tentulah satu kesilapan dan kesalahan kerana seolah-olah menidakkan hikmah di setiap ciptaanNYA. Akan tetapi, mempercayai dengan iktikad yang salah, lagilah salah dan boleh merosakkan aqidah. Oleh yang demikian, syor saya: percayalah secara sederhan, akui kebesaran Allah, akui hikmah-hikmah ciptaan-Nya namun yang berkuasa hanyalah Allah. Adapun "kuasa" sesuatu barangan ciptaan Allah itu adalah atas kehendak-Nya dan izin-Nya jua. Inilah ajaran guru-guru saya, dan komen ustaz/ulama/pak kyai yang saya tanya.Saya tidak perlulah mengetengahkan dalil-dalil dari ayat-ayat kitabullah atau hadis-hadis atau pandangan-pandangan para ulama. Yang saya nukilkan nanti dalam laman blog "AURA" ini adalah intipati Firman-NYA, hadis Nabi, Kisah-kisah para nabi dan pendapat-pendapat para ulama juga.Blog ini akan memfokus kepada paparan "barang-barang mistik" yang diperolehi dari banyak sumber hasil daripada kembara di sana-sini serta e-mail para sahabat dan rakan-rakan. Memandangkan kesemua barangan antik/mistik yang bakal saya paparkan mempunyai "nilai" maka saya akan rahsiakan pemiliknya, tempatnya, serta beberapa maklumat terperinci sebgaimana yang diamanahkan oleh sumber maklumat atau pemilik barangan tersebut. Dan seperkara YANG SANGAT PENTING - saya hanyalah penulis blog yang tidak punya apa-apa kepandaian mengenai barang-barang tersebut. Saya hanyalah pemudahcara...