Menurut yang pakar tentang keris, keris jenis pendek bukanlah tujuannya untuk bertikam secara fizikal. Kebiasaannya, keris seumpama itu ditempa khas dan "diisi" dengan "aura" tertentu untuk tujuan tertentu. (cara mengisinya tidaklah sesuai dijelaskan di ruaangan ini). Ada yang "diisi" agar pemegangnya menjadi berani, kuat, berwibawa dan sebagainya. Ada juga yang digunakan untuk tujuan perubatan, tujuan kebal dan sebagainya. Maklumat menenai keris yang dipaparkan di atas adalah seperti berikut:
Pemilik semasa : Hamba Allah (dipinjamkan oleh gurunya)
Tempat : Kota Marudu, Sabah
Asal keris : Tanah Jawa, Indonesia
Kegunaan : Wibawa diri dan perubatan. Ada juga yag cuba meminjam keris ini untuk tujuan "menarik duit" tetapi tidak dibenarkan oleh pemilik asal/semasa.
Harga: Belum terniat untuk pindah milik/waris
Menurut penggunanya sekarang, memang ada "kelainan" semenjak memakai keris ini. Lebih yakin diri, orang hormat dan tidak penakut. Bagaimanapun, "aura" keris ini tidak suka pemakainya berbuat kesalahan/dosa, kerana akan terasa "balasan" segera. Memiliki keris ini juga boleh menyebabkan "diminati" kaum hawa. Makanya, sesiapa yang memakai keris ini hendaklah telah bersedia mental, psikologikal dan spiritual...