Sunday, December 7, 2008

AURA "MINYAK AJAIB"


Ini bukan sebarangan minyak urut/gosok. Ini tidak dijual di kaki lima. Ini minyak "tinungkusan" (bahasa Kimaragang bermaksud - warisan nenek moyang).
Maklumat penting berkaitan barang:


1. Pemilik: "Mr.A" daripada "Odu R. Bt. S"
2. Lokasi/kampung: Kg. Tingkalanon, Tandek, Kota Marudu.
3. Keluarbiasaan: minyak ini telah banyak membantu (dengan Izin Allah jua) ramai mangsa patah tulang khususnya di daerah Kota Marudu, Sabah.
4. Cara rawatan: sekadar sapu 1-3 kali. Tidak perlu kemahiran mengurut. (Biasanya cuma sekali sapu sahaja jika memang serasi/ diizinkan Tuhan).
5. Pantang : tidak boleh mematah objek dalam tempoh berubat.
6. Pengeras: kebiasaannya RM50 sekali gosok (saya fikir ini sangat murah berbanding kos rawatan di klinik swasta/bomoh lain yang belum tentu sembuh/ memakan masa yang lama untuk sembuh).
7. Sejarah ubat: Diperolehi daripada sejenis ramuan tumbuhan. Ramuan ini diperolehi hasil pengalaman ganjil nenek moyang yang berburu di dalam hutan. (Penemuan tanpa sengaja. Semuanya dengan Rahmat-NYA)
*8. Status: boleh dikategorikan sebagai "barang mistik".
*9. Harga: Tidak ternilai (bukan untuk diniagakan)

Kisah "Mr.A" kepada mufakiralam:

Kawan saya pemain bola. Striker yang agak lincah juga. Akibat kelincahan selalu ditackle lawan. Pada satu hari, pergelangan kakinya cedera teruk. Hampir satu minggu tidak dapat turun kerja. Berbagai ubatan sudah diguna. Akhirnya, dengan minyak ini, sekali sapu saja, secara spontan dia dapat berdiri, melompat, berjalan dan berlari. keesokan harinya sudah dapat kerja. Alhamdulilah, dengan minyak ini beliau turut dapat membantu insan-insan yang ditimpa musibah. Pernah satu ketika, ada seorang insan terlibat kemalangan maut. Rakannya meninggal. Kes ini berlaku di Kota Marudu. Si kawan (seorang guru) pula masuk ICU, koma. Tulang rusuk patah sambil mencucuk bahagian jantung. Dipendekkan cerita, apabila kena sapu, dengan serta merta tulang-tulang rusuknya kembali seperti asal. Doktor di Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, sangat hairan. Menurut kawan itu, semasa dia dalam keadaan koma, dia rasa ada sesuatu yang sejuk menyentuh dadanya dan dapat merasakan tulang-tulangnya bergerak-gerak. Ada beberapa lagi kisah seumpama ini tapi memadailah satu kisah ini sebagai bahan renungan. Justeru, kepada yang menganggap dirinya modern, tanyalah sang doktor tentang keajaiban ciptaan Tuhan ini...
Nota: JANGAN YAKINI UBAT YANG MENYEMBUHKAN. ALLAH YANG MENYEMBUHKAN KERANA HIKMAH DALAM UBAT ITU, ALLAH YANG MENCIPTAKANNYA. BANYAK-BANYAKLAH KITA BERSYUKUR. MEMUJI ALLAH YANG ESA...Ini