Tuesday, December 23, 2008

BERTARAK: SANGGUPKAH KITA?...

Bertarak atau bertapa merupakan satu amalan yang perlu dilakukan oleh orang-orang yang ingin mempunyai kebolehan luar biasa seperti kebal, gagah dan sebagainya. Menurut beberapa sumber, ada banyak jenis "tarakan" dan banyak juga cara-caranya. Tempat bertarak juga ada berbagai. Yang paling popular ialah gua dan air terjun/sungai yang sunyi dan jarang dilawati manusia. Tidak kurang yang memilih rumah kosong peninggalan orang, kuburan dan tempat-tempat yang terkenal sebagai "beraura" atau "berpenghuni".

Doa mantera atau zikir-zikirannya juga berbagai menurut jenis ilmu yang dituntut. Etika pertapaan juga berbagai dan sangat mencabar. Menurut seorang pengamal ilmu kebatinan yang sempat saya temui, dia pernah bertarak selama 44 hari di sebuah gua. Pernah juga beliau bertarak selama 7 hari di sebuah air terjun dan dalam tempoh pertapaan itu hanya minum air putih dan sebiji pisang sehari.

Ada juga pak guru yang menyatakan sebelum bertarak, seseorang perlu berpuasa putih/mutih selama 3-7 hari. Tahukah anda apa itu puasa putih? Puasa putih ialah hanya boleh meminum air putih/kosong dan nasi putih dikepal semasa tiba berbuka. Bukan boleh makan banyak kepal, hanya beberapa kepal mengikut hari berpuasa. Misalnya, pada hari pertama puasa tujuh, boleh makan 7 kepal nasi putih, dan mengurang menjadi cuma sekepal.

Cerita pasal dugaan dan cabaran yang datang pula memang SANGAT MENCABAR dan tak mungkin dapat dilalui oleh orang seperti saya yang penakut ini. Misalnya lembaga besar dan tinggi, ular besar, naga, kayu balak jatuh menghempap, banjir besar, semut mengigit, dan macam-macam lagi.

MAMPUKAH ORANG BIASA MELALUI SEMUA INI?
Jawapannya : sangat sedikit yang mampu dan boleh melepasi semua etika pertapaan dan melangkaui semua dugaan mendatang.
KERANA ITU: Tidak ramai insan yang benar-benar berkebolehan ilmu kebatinan/mistik...

MUNGKIN ANDA ORANGNYA!!!...