Wednesday, December 31, 2008

AURA KERANG BATU


Macam-macam cara orang jumpa barang ajaib atau mistik. Itulah namanya takdir. Tapi kadang-kadang, ada juga permainan syaitan untuk menyesatkan manusia. Ada barang mistik yang sengaja mencari tuan baru untuk "merosakkan" akidah seseorang. Tapi ingat, bukan semua barang mistik begitu.


Kali ini saya paparkan satu barang yang agak ajaib juga dan disayangi oleh pemiliknya yang juga pengamal ilmu perubatan tradisional dan juga guru silat. Dia sentiasa membawa barang ini. Maknanya, baranng tersebut memang istimewa baginya.


Nama : Kerang batu.
Pemilik : Hamba Allah, Kota Marudu.
Cara dapat : Jumpa di Bukit Garam
Kegunaan : "Bawa jalan-jalan" (Dalam maknanya ini. Pendek kata serba guna). InsyaAllah...


Jadi, kalau anda terjumpa barang ganjil, jangan terus buang. Bertanyalah dulu kepada yang arif. Dan sebagai ingatan, jangan terus bawa masuk dalam rumah. Dikhuatiri auranya "kurang baik". HATI-HATI TIDAK RUGI...

Monday, December 29, 2008

AURA LIMAU MANIS BATU


Setiap pasangan suami isteri ingin rukun damai dan terhindar dari gangguan dari luar. Antara yang paling menyakitkan hati bilamana keluarga porak poranda akibat mainan orang berbantukan syaitan dan iblis atau jin. Barang yang saya paparkan ini berkaitan kerukunan rumah tangga:


Nama : Limu manis batu (bentuk macam limau tapi sebenarnya batu)
pemilik : Orang Jawa
Asal : Daerah Tuban, Jawa Timur.
Kegunaan : Perukun rumah tangga (InsyaAllah) dan kegunaan lain yang tidak dinyatakan oleh pemiliknya sekarang.


Nota: Pemilik barang ini pernah membantu (dengan Izin Allah) untuk mendamaikan sepasang suami isteri yang hampir bercerai gara-gara si isteri mau ikut lelaki lain. Si isteri sudah "gila kepayang". Alhamdulilah, sekarang sudah baik-baik dan hikmahnya si suami sudah rajin beribadah. Subhanallah!...

Friday, December 26, 2008

AURA MINYAK PENGASIH...


Bila sebut ilmu pengasih, fokus orang kepada minyak yang boleh buat anak dara dan bini orang ikut balik rumah. Bukan semua minyak pengasih begitu. Saya pun tak mau cari minyak macam itu. Berdosa memaksa jodoh apatah lagi meruntuhkan rumah tangga orang lain. Kali ini saya paparkan minyak pengasih agar dikasihi oleh orang ramai. Yang ini harus bergantung kepada niat. Kalau tujuan mau naik dalam politik sedangkan diri sebenarnya bukan pemimpin, yang itu hukumnya kena tanya orang lebih arif daripada saya.


Nama : Minyak pengasih
Pemilik : Hamba Allah
Cara dapat : Warisan 7 keturunan (dari Tanah Suluk)
Kegunaan:

1. Wibawa/disukai ramai
2. Jadi tumpuan orang

Nota: Ada cara mengguna dan ada ramuan lain.


Namun ingatlah bahawa semuanya dengan izin Allah. Baik atau buruk hanya terjadi dengan izin Allah Taala jua. Benda buruk kalau terjadi kepada seseorang pun ada hikmahnya. Bukan saja-saja Allah timpakan musibah kepada hambaNya. Mungkin untuk membersihkan dosanya kepada sesama manusia atau sebagainya. Jadi, kiranya kita terkena buatan orang dan sebagainya, hendaklah redha disamping berusaha mencari ubat. InsyaAllah, akan ada hikmahnya...

Tuesday, December 23, 2008

AURA AKAR BERBALIK

Akar berbalik atau bertaut sememangnya wujud tapi jarang-jarang orang menemuinya. Nasib kalau jumpa. Besar kegunaannya kalau tahu guna. Kalau jumpa tapi tak tahu guna hujung-hujung jadi kayu apa!

Nama barang: Akar Berbalik
Pemilik: Mahmud Malad, Kg. Bintasan, Kota Marudu
Cara dapat: Bertarak di air terjun, Kg. Pituru, 1969.

Kegunaan:

1. Perukun rumah tangga

2. Mengelak isteri curang/ kena mainan orang

3. Lain-lain kegunaan


Jadi...beringatlah semasa berjalan-jalan di hutan. Manalah tahu Tuhan temukan anda dengan akar berbalik dan sebagainya. ATAU...mungkinkah anda pernah menemuinya tetapi tidak mengambilnya kerana tidak sedar auranya? MUNGKIN....

BERTARAK: SANGGUPKAH KITA?...

Bertarak atau bertapa merupakan satu amalan yang perlu dilakukan oleh orang-orang yang ingin mempunyai kebolehan luar biasa seperti kebal, gagah dan sebagainya. Menurut beberapa sumber, ada banyak jenis "tarakan" dan banyak juga cara-caranya. Tempat bertarak juga ada berbagai. Yang paling popular ialah gua dan air terjun/sungai yang sunyi dan jarang dilawati manusia. Tidak kurang yang memilih rumah kosong peninggalan orang, kuburan dan tempat-tempat yang terkenal sebagai "beraura" atau "berpenghuni".

Doa mantera atau zikir-zikirannya juga berbagai menurut jenis ilmu yang dituntut. Etika pertapaan juga berbagai dan sangat mencabar. Menurut seorang pengamal ilmu kebatinan yang sempat saya temui, dia pernah bertarak selama 44 hari di sebuah gua. Pernah juga beliau bertarak selama 7 hari di sebuah air terjun dan dalam tempoh pertapaan itu hanya minum air putih dan sebiji pisang sehari.

Ada juga pak guru yang menyatakan sebelum bertarak, seseorang perlu berpuasa putih/mutih selama 3-7 hari. Tahukah anda apa itu puasa putih? Puasa putih ialah hanya boleh meminum air putih/kosong dan nasi putih dikepal semasa tiba berbuka. Bukan boleh makan banyak kepal, hanya beberapa kepal mengikut hari berpuasa. Misalnya, pada hari pertama puasa tujuh, boleh makan 7 kepal nasi putih, dan mengurang menjadi cuma sekepal.

Cerita pasal dugaan dan cabaran yang datang pula memang SANGAT MENCABAR dan tak mungkin dapat dilalui oleh orang seperti saya yang penakut ini. Misalnya lembaga besar dan tinggi, ular besar, naga, kayu balak jatuh menghempap, banjir besar, semut mengigit, dan macam-macam lagi.

MAMPUKAH ORANG BIASA MELALUI SEMUA INI?
Jawapannya : sangat sedikit yang mampu dan boleh melepasi semua etika pertapaan dan melangkaui semua dugaan mendatang.
KERANA ITU: Tidak ramai insan yang benar-benar berkebolehan ilmu kebatinan/mistik...

MUNGKIN ANDA ORANGNYA!!!...

Saturday, December 20, 2008

BUKU "DOA'AN" SEORANG BOMOH KIMARAGANG


Bangsa Kimaragang Tandek kira digeruni juga oleh masyarakat luar kerana terkenal dengan ilmu "popol" dan "sinda'at". Dalam bangsa Kimaragang terdapat beberapa orang yang boleh dianggap handal - bertaraf "boboli'an" dan "bomoh". Saya bertuah kerana dapat menemui salah seorang bomoh yang agak terkenal (nama tidak dinyatakan di sini, atas permintaan individu berkenaan).


Salah satu keistimewaan bomoh ini ialah beliau seorang yang minat berguru dan suka mendokumentasikan ilmu-ilmunya. Dengan izin beliau saya dapat membelek beberapa buku catatan ilmu mantera beliau. Dalam buku tersebut terdapat berbagai jenis mantera antaranya mantera menyembuh orang kerasukan jin/jembalang; mantera pengasih/pugai; mantera untuk kegagahan/amalan bertarak; mantera penyeri muka; mantera tawar bisa; mantera tawar sakit bermacam jenis; mantera penjaga ladang/harta benda/rumah; mantera pengunci kasih; mantera "menyakitkan" roh orang, dan macam-macam mantera lagi. Keistimewaan lain bomoh dusun ini ialah beliau boleh membaca dan menulis jawi. Dengan kemahiran itu beliau juga mampu/berkemahiran dalam ilmu tilik/renung berdasarkan kitab tajul muluk dan bintang 12.
Pengajaran yang saya perolehi daripada bomoh suku kaum kimaragang ini : sesuatu ilmu/informasi mestilah didokumentasikan. Kenapa? anda/kita mungkin ingat, generasi akan datang? Lagi pula, sejarah tidak dapat ditegakkan tanpa bukti dokumentasi...

Friday, December 19, 2008

JANGAN SUKA "TESTING"...

Kisah yang saya paparkan ini adalah kisah benar berkaitan barang mistik. Kisah ini diceritakan oleh sahabat/"guru" saya yang diperolehi daripada sahabatnya (maaf kerana semua nama tidak dinyatakan atas permintaan individu terbabit).
Cerita ini mengenai tanduk pelanduk. Tidak perlulah saya cerita panjang tentang hikmah/hikmat tanduk pelanduk. Yang minat/arif tentang barang mistik sedia maklum bahkan mungkin lebih arif daripada saya mengenai tanduk pelanduk.
Menurut cerita, ada seorang hamba Allah kurang percaya tentang hikmat tanduk pelanduk warisan datuknya. Maka dia pakat-pakat dengan kawan-kawannya untuk "testing". Mula-mula mereka gantung barang itu dan tembak dengan senapang patah kerajaan. Mereka nampak peluru macam tidak mengenai barang (tanduk pelanduk). Mereka tidak puas hati. Mereka masukkan tanduk dalam tin, dan tembak. Tin kena tapi tidak tembus. Mereka masih tidak puas hati. Mereka mau test menggunakan benda bernyawa. Mereka pun tangkap ayam dan gantung tanduk pada leher ayam, kemudian tembak. Ayam kena tapi tidak lut cuma bulu berterbangan. mereka masih tidak puas hati. mereka test pula haiwan bernyawa lebih besar. mereka tangkap anjing dan kalungkan barang pada leher anjing. Mereka pun tembak anjing yang tidak tahu apa-apa itu. anjing kena tapi tidak lut, cuma bulu-bulu berterbangan....TAPI TIMBUL SATU MASALAH! - anjing yang ditembak itu lari lintang pukang dan sehingga kini tidak dapat dikesan, apatah lagi ditangkap. Maka "ghaib" lah barang baik itu sehingga ke hari ini.
PENGAJARAN? - Benda baik bukan untuk "dicobain" sesuka hati. Guna bila terdesak/perlu. Jangan jadi sombong dan takbur. Itu anugerah Tuhan yang ada hikmahnya dan ada gunanya ditempat yang sepatutnya....

Thursday, December 18, 2008

AURA "TUNGGUL KAYU TENGKORAK"


Nama barang: "Tunggul Kayu Tengkorak"
Pemilik : En. Mahmud B. Malad, Kg. Bintasan Kota Marudu, Sabah
Kegunaan:
1. Perubatan tradisional (mengubat penyakit berkaitan sakit mental/cacat fikiran)
2. Mencerdaskan otak kanak-kanak
Cara diperolehi: Penemuan secara tidak sengaja. Pada tahun 1989, ketika pemilik berkerja di Istana Brunei, beliau ditugaskan mencari umbut. semasa dalam hutan, beliau terdengar seolah-olah ada suara memanggil. Setelah menemui barang ini, beliau maklumkan kepada rakan-rakan untuk mengambilnya. Rakan-rakannya gagal mengambil kerana ada halangan tertentu. Selama tiga hari mereka berusaha untuk memenggal tunggul ini dan 3 gergaji rantai rosak. Setelah solat hajat dan berdoa barulah dapat dipotong.

Wednesday, December 17, 2008

WANG KERTAS GAMBAR KERBU PUNYA AURA?


Pernah dengar wang kertas gambar kerbau (seperti gambar di atas)? Ada pihak mendakwa wang seumpama ini ada "aura". Mahal juga harganya. Saya sekadar membantu mempromosi wang tersebut yang dimiliki oleh salah seorang kenalan saya. Setakat ini sudah ada pihak yang berminat untuk mendapatkannya. Jika anda juga berminat, sila hubungi pemilik wang kertas ini di talian: 014-8715179. Beliau juga mempunyai beberapa keping wang kertas yang agak luar biasa kerana boleh bergulung sendiri. Menurut pemilik: SIAPA CEPAT DAN SESUAI HARGANYA, DIA DAPAT...

AURA "PAYUNG ADAM"

Tidak banyak maklumat dapat diceritakan oleh pemilik barang ini kerana beliau hanya mewarisi barang ini daripada datuk beliau (seorang Pangeran dari Brunei).

Nama barang: "Payung Adam"
Kegunaan: 1. Tujuan perubatan 2. Penangkis permainan orang
Pemilik : Hamba Allah, Kota Marudu
Cara mendapat: Diwarisi dari nenek moyang

Menurut penelitian penulis, barang in sememangnya agak ganjil kerana sukar diperolehi pada zamannya. Tidak dapat dipastikan air apakah yang terkandung di dalam botol ini, dan tidak agak menghairankan juga bagaimana air itu boleh terkurung kerana penulis tidak dapat mengesan kehadiran lubang. Lebih misteri lagi, air apakah di dalam "bekas" tersebut? Inilah antara rahsia aura alam dan kehidupan manusia.

Tuesday, December 16, 2008

AURA KERIS TUJUH LUK

Setiap keris lama biasanya ada aura atau kelebihannya. Keris tujuh luk biasanya untuk tujuan senjata atau bertempur (jika diperlukan). Keistimewaan keris dinilai dari beberapa aspek, antaranya: kekuatan binaanya (jenis besi/bahan yang diguna), bisanya (disepuh dengan racun dan sebagainya), dan yang paling penting - auranya. Aura keris biasanya "diisi" dengan sesuatu mantera atau bacaan atau doa. Keris yang baik tentunya "dipelihara" dengan cara-cara tertentu mengikut amalan pemilik masing-masing.

Kali ini saya ketengahkan sebilah keris luk tujuh yang didakwa oleh pemiliknya sebagai warisan tujuh keturunan.

Nama : Keris Tujuh Luk Tujuh Keturunan
Asal : Brunei
Pemilik: En. Mahmud B. Malad, Kota Marudu, Sabah.
Kegunaan:
1. Jika ditikam dari belakang, tidak lut (InsyaAllah)
2. Penangkis ilmu hitam
3. Perubatan: menghilangkan kerasukan, gangguan syaitan.

Jika dikaji sejarah silam, setiap pendekar/hulubelang mempunyai keris mereka sendiri. Misalnya, Hang Tuah dengan Taming Sarinya. Benarkah keris itu yang mempengaruhi kehebatan seseorang? Mungkin "Ya', mungkin "Tidak". Tapi...pantaskah seorang pendekar tidak mempunyai sebarang senjata?

Monday, December 15, 2008

AURA "TORIYAP" ODU KOLINJIM


Odu Kolinjim lahir sekitar awl tahun 1800, sezamaan dengan Syarif Osman, Datu Unduk, Panglima Tumunda dan beberapa orang ternama di Kota Marudu. Namun beliau bukanlah pejuang menentang British. Bagaimanapun pihak British mengenali beliau serta menghormati statusnya sebagai salah seorang ketua kampung dan kepala adat.
Keistimewaan Odu Kolinjim ialah kebolehannya sebagai jurubicara/hakim dalam komunitinya, khususnya di kg. Longob, Tandek. Beliau mahir dalam hal istiadat dan dihormati keputusannya. Beliau juga mempunyai beberapa barang mistik lain. Antaranya "kepala naga" yang dipinjam oleh Datu Unduk (sehingga kini tidak dikembalikan).
Maklumat barang mistik:
Nama: "Toriyap" (senjata) Odu Kolinjim
Pemilik sekarang: Cucu Odu Kolinjim, Tandek, Kota Marudu
Kegunaan: Mempunyi aura yang luar biasa. Dipercayai aura keris inilah yang menjadikan Odu Kolinjim "digeruni" oleh orang/pembesar-pembesar ketika itu.
Cara diperolehi: Odu Kolinjim mewarisinya daripada nenek-moyang beliau. Datuk beliau merupakan orang Suluk.
***(Penulis mempunyai talian kekeluargaan dengan Odu Kolinjim, sebelah Ibu)

Saturday, December 13, 2008

AURA "TANDUK RUSA KAYU"


Pernah jumpa Tanduk Rusa daripada kayu? Mungkin orang buat-buat untuk perhiasan. Namun kalau cara mendapatkannya secara luarbiasa, maka barang itu memang istimewa!


Maklumat:

1. Nama : Tanduk Rusa (Kayu)
2. Pemilik: Mahmud B. Malad, Kg. Bintasan Laut, K.Marudu
3. Cara diperolehi: "Datang" sendiri semasa bertarak/bertapa di air terjun Kg. Talas, Kota Marudu. 7 hari (minum air putih dan 7 biji pisang emas).
4. Kegunaan:

a. Memburu di hutan
b. Beri petunjuk jika suami/isteri berlaku curang
c. Menjadikan anak cergas/sihat (mandikan)
Menurut pemilik barang (yang juga pengamal perubatan tradisional), ada seseorang pernah bertarak di air terjun itu iaitu "Syed Ali" dari Tanah Suluk. Beliau dipercayai ghaib di sini. Allahualam.
Komen penulis: Yang luar biasa tidak semestinya tidak benar, dan kiranya ia benar, tidak semestinya diikuti. Yang pasti Tuhan kita memang MAHA MENCIPTA. Yang ini kita wajib percaya...

AURA "BULUH TUMPAT"

Buluh tumpat sememangnya diannggap luar biasa dan sukar ditemui. Yang menemuinya memang bertuah dan istimewa.

Maklumat tentang barang mistik:

1. Nama: "Buluh Tumpat 7 Ruas & Tempurung Kelapa Mata 1" (sepasang).
2. Kegunaan:
a. Tenaga batin (luar biasa)
b. Kebal (ada campuran lain)
c. Halimunan (ada cara amalan)

3. Cara diperolehi: Bertarak di Bukit Tamburung, Brunei selama 44 hari (1980). Barang ini "datang" sendiri.
4. Pemilik: Mahmud B. Malad, Kg. Bintasan Laut, Kota Marudu, Sabah.


Ulasan penulis blog: buluh ini memang jenis buluh tumpat (tidak mempunyai lubang) dan memang 7 ruas.

Secara peribdi saya mengakui bahawa barang ini istimewa dan tidak pernah saya jumpa/nampak sebelum ini. Dan secara logiknya, barang istimewa pastinya ada gunanya. Tidak mungkin Tuhan mencipta sesuatu dengan sia-sia...

AURA "AYAM MAS"

Maklumat Tentang Barang Mistik:

1. Nama Barang: "Ayam Mas"
2. Pemilik: Mahmud B. Malad (k.k), Kg. Bintsan Laut, Kota Marudu
3. Cara perolehan: Bertarak di Bukit Kalimantan, Indonesia selepas mendapat mimpi berjumpa guru beliau (Kyai Wak Joko, Banjar Masin)
4. Guna:
a. Boleh mengubat luka yang besar
b. Boleh tarik/permudah rezeki
c. Boleh "tarik duit"
d. Ubat jika muntah darah
e. Penyakit dalam perut misalnya barah
(Nota: cara penggunaan/rawatan tidak diperincikan di sini)
Dipanggil "Ayam Mas" kerana bentuk barang ini seperti ayam. Jika diamati ia juga kelihatan seperti kucing. Menurut penulis, barang ini sejenis hidupan yang tumbuh diatas tunggul kayu. Beliau terpaksa memotong tunggul tersebut yang begitu keras. Menurut penelitian penulis, barang ini sememangnya sejenis "tumbuhan" yang hidup.
(Maklumat lanjut, sila hubungi: 0148540591/0148715179).

Wednesday, December 10, 2008

Keris keramat memerlukan batu asah yang ada aura. Bukan main asah juga. Cara asahpun bukan macam asah pisau kerat daging. Batu asah yang dipaparkan ini merupakan baru asah "Keris Madaras". Batu asah ini dimilki oleh Iskandar Tembaga manakala keris madaras dimiliki oleh Syarif Ali Tabasan. Kedua mereka ini merupakan orang kanan Syarif Osman. Keris Madaras pula bukan sebarangan keris. Demikian juga batu asah ini bukan sebarangan batu asah. Maklumat am mengenai batu asah:

Nama: Batu asah Iskandar Tembaga
Pemilik asal : Iskandar Tembaga
Pemilik semasa : Waris ketiga Iskandar Tembaga
Lokasi : Kg. X, Tandek, Kota Marudu.
Keistimewaan : Batu asah keris madaras. Dipercayai batu asah ini mempunyai aura dan bukan setakat menajamkan mata keris.
Harga: Ikut perundingan dengan pemilik (melalui agen: mufakirlam)

Menurut pemerhatian saya, batu ini bukan batu biasa. Ianya jenis keras dan permukaannya licin. Dengan rupabentuk sedemikian rupa, ia semacam kurang sesuai untuk menajamkan mata keris. Ini bermakna, ada kemungkinan batu ini mempunyai aura lain yang boleh menjadikan keris yang diasah padanya mendapat aura. (Sesungguhnya, Tuhan jua yang Maha Mengetahui).

Tuesday, December 9, 2008

AURA "HAJI MAT KEBAL"

Iskandar Tembaga merupakan sahabat Sharif Osman (pejuang Kota Marudu menentang British). Salah satu keistimewaan Iskandar Tembaga ialah "kebal". Beliau pernah beradu kekuatan dengan ketua lanun dari kepulauan Tawi-Tawi di satu tempat bernama "batu mandi darah simpang mengayau" (di Kudat. Kini dikenali "tip of Borneo"). Semasa pertarungan itulah dia terbukti kebal sehingga berjaya menetak ketua lanun itu dengan kerisnya yang bernama "keris madaras". Dipercayai, kesan tetakan beliau masih terbentuk pada batu di Simpang Mengayau. Ada beberapa kisah lain tentang kekebalannya.

Menurut waris Iskandar Tembaga, rahsia kekebalan moyang beliau ialah "Haji Mat Kebal" yang sebenarnya berupa "wafak/Isim" yang dibungkus dengan "timah". Maklumat mengenai barang:


Nama : "Haji Mat Kebal"
Pemilik sekarang : waris generasi ketiga Iskandar Tembaga
Tempat: Kg. XXX, Tandek, Kota Marudu.
Kegunaan : Kebal
Cara guna: Dibawa mandi dan diikat pada badan (cara terperinci tidak dinyatakan di sini)
Harga: Penulis tidak dapat pastikan (mungkin diurusniagakan)

AURA "SULABUMI"

Kekuatan merupakan senjata utama pendekar zaman lampau. Iskandar Tembaga merupakan salah seorang sahabat utama Sharif Osman di Teluk Marudu. Beliau diamanahkan menjaga kawasan jajahan Taritipan bersama seorang lagi pendekar bernama Sharif Ali Tabasan yang menjaga kawasan Tg. Baru, Tandek.

Menurut waris ketiga Iskandar Tembaga (yang tidak mahu disebutkan namanya), salah satu barang mistik kepunyaan moyangnya ialah -"SULABUMI". Jika diperhatikan, barang ini kelihatan seperti senjata sulit lelaki.

Makluat berkaitan barang:

Nama: Sulabumi
Pemilik asal : Iskandar tembaga (lahir sekitar tahun 1800-an)
Kegunaan : kekuatan fizikal dan tenaga batin.
Cara penggunaan: secara amnya dibawa mandi (maklumat terperinci tidak dinyatakan di sini). Menurut waris ketiga, kesemua nenek moyangnya terkenal kuat kerana mempunyai amalan tertentu disamping menggunakan barang ini. Beliau juga ada mengamalkannya sekali sekala (tidak hairanlah pada usia 70-an masih sihat dan kuat).
Harga: Kemungkinan boleh diurusniaga (jika melalui saya).

Ulasan penulis: saya dapati barang ini berupa batu tetapi batu jenis keras, licin dan tidak pernah saya temui fan tidak tahu jenisnya. Tahap keyakinan saya tentang dakwan pemilik barang ini sangat tinggi kerana saya amat mengenali pak haji ini (bukan jenis pembohong).

Monday, December 8, 2008

AURA "KERIS NAGA"


Menurut yang pakar tentang keris, keris jenis pendek bukanlah tujuannya untuk bertikam secara fizikal. Kebiasaannya, keris seumpama itu ditempa khas dan "diisi" dengan "aura" tertentu untuk tujuan tertentu. (cara mengisinya tidaklah sesuai dijelaskan di ruaangan ini). Ada yang "diisi" agar pemegangnya menjadi berani, kuat, berwibawa dan sebagainya. Ada juga yang digunakan untuk tujuan perubatan, tujuan kebal dan sebagainya. Maklumat menenai keris yang dipaparkan di atas adalah seperti berikut:


Pemilik semasa : Hamba Allah (dipinjamkan oleh gurunya)

Tempat : Kota Marudu, Sabah

Asal keris : Tanah Jawa, Indonesia

Kegunaan : Wibawa diri dan perubatan. Ada juga yag cuba meminjam keris ini untuk tujuan "menarik duit" tetapi tidak dibenarkan oleh pemilik asal/semasa.

Harga: Belum terniat untuk pindah milik/waris


Menurut penggunanya sekarang, memang ada "kelainan" semenjak memakai keris ini. Lebih yakin diri, orang hormat dan tidak penakut. Bagaimanapun, "aura" keris ini tidak suka pemakainya berbuat kesalahan/dosa, kerana akan terasa "balasan" segera. Memiliki keris ini juga boleh menyebabkan "diminati" kaum hawa. Makanya, sesiapa yang memakai keris ini hendaklah telah bersedia mental, psikologikal dan spiritual...

Sunday, December 7, 2008

EDISI KHAS RAYA HAJI: AURA BATU PERMATA DARI MEKAH


"Benda baik untuk orang baik". Itulah prinsip barang baik. Kisah kali ini memang menarik. Ceritanya begini: hamba Allah ini naik haji di Mekah sekitar awal tahun 1950-an. Dipendekkan cerita, dia dan rakan-rakannya terjumpa beberapa biji batu permata di sebuah tempat sekitar Mekah. Mereka pun membahagi-bahagikan batu permata tersebut. Hamba Allah ini kemudiannya membuat sebentuk cincin menggunakan "emas suasa" di Mekah juga. Selepas balik dari bumi Mekah yang berkat, hamba Allah ini menternak kambing. Yang anih tapi benar, salah seekor kambing jantannya mempunyai empat tanduk (dua tanduk sebelah menyebelah kiri dan kanan). Kambing itu sangat jinak sampai naik rumah, minum susu dan makan nasi. Setelah beberapa tahun, kambing itu pun mati, dan selang beberapa lama, haji tersebut pun kembali ke rahmatullah.
Maklumat berkenaan barang:
1. Nama : Cincin Mekah
2. Pemilik: Hamba Allah (Papar, Sabah) - telah meninggal dunia.
3. Cara dapat : Semasa menunaikan Haji di Mekah, awal tahun 1950-an.
4. Kegunaan : karisma, "teman berjalan", dll (tidak dinyatakan sepenuhnya oleh pemakainya sekarang).5. Keunikan lain: jika tidak sesuai memakai, cincin ini boleh tanggal sendiri dari jari. Menurut pemakai, cincin ini pernah tertinggal di sebuah hotel. Setelah beberapa hari, didapati cincin tersebut "ampai-ampai" di lantai hotel seolah-olah tidak kenampakan oleh sesiapa.
6. Harga: TIDAK DIJUAL (ada yang menawarkan RM1500 tapi tidak diterima)
Kini cincin tersebut diwarisi oleh salah seorang cucu lelakinya. Beliau kini bermastautin di Kg. XXX, Tandek, Kota Marudu. Menurut pemiliknya sekarang, dia sendiri tidak tahu siapa akan mewarisi cincin tersebut. Yang pasti, siapa yang sesuai, dialah pewarisnya...

AURA BATU/GELIGA HELANG


Anda pernah menemui batu/geliga yang bersaiz agak besar di dalam sarang helang di pohon yang tinggi ? Mungkin tidak pernah. Nak intai sarang helang pun bukan senang. Ada seorang insan ditakdirkan menemui batu helang ini. Insan tersebut berasal dari Kota Belud. Kini batu/geliga helang ini dalam simpanan anak perempuannya/ menantu lelakinya yang kini bermastautin di Kota Marudu. Maklumat berkaitan barang:
Nama : Batu helang
Pemilik : Pemilik asal sudah meninggal. Kini disimpan oleh hamba Tuhan (tinggal di Kota Marudu)
Cara jumpa : di dalam sarang burung helang di pohon yang tinggi
Kegunaan: (Belum dipastikan). Ini kerana penyimpannya tidak sempat bertanya secara terperinci apakah kegunaannya. Pemiliknya kini seorang yang beragama kristian, jadi beliau menyimpannya sekadar "barang antik" / kenangan nenek-moyang.

Apakah kegunaan "geliga" helang? Menurut renungan seseorang, ia sesuai untuk "bisnes". Umpama cengkaman sang helang, seseorang akan beriltizam dalam usahaniaganya. Dia tidak mudah putusasa, dan apa yang digenggamnya sukar lepas dalam genggaman. Ada juga yang kata sesuai untuk bawa berjudi khususnya sabung ayam. Mungkin pembaca ada yang tahu kegunaannya? Harap dapat dikongsikan bersama. Tinggalkan dalam ruangan "comments".

AURA "GELIGA BABI HUTAN"


Dikalangan pengemar barangan mistik, "rantai babi" dianggap sangat istimewa. Sehingga kononnya ada yang berani membeli dengan jutaan ringgit. Setakat ini saya belum menemui atau nampak dengan mata kasar barangan seumpama itu, walaupun ada maklumat menyatakan seseorang ada memilikinya. Yang saya paparkan di sini ialah "geliga babi". Maklumat berkaitan barang ini:

1.Nama barang: geliga babi
2. Pemilik (terkini) : "En. E"
3. Tempat : Kg. XXX, Tandek, Kota Marudu.
4. Kegunaan: kebal (pernah dirasai keajaibannya oleh nenek moyang yang pernah memegang barang ini terdahulu). Sama seperti "rantai babi".
5. Sejarah barang: nenek moyang (di felipina) memburu dan ternampak babi hutan yang ganjil. walaupun ditembak berulang-kali tetapi tidak lut/tidak mati. Akhirnya merek pasang perangkap. Babi dalam perangkap itu dibujak menggunakan lembing tetapi masih tidak lut. Mereka terus membujaknya sampailah geliga itu terkeluar dari mulut babi.6. Harga: tidak tetap (ikut perundingan)

Nota: Pemiliknya sekarang sanggup menjual/pindah milik jika ada yang berminat tetapi tidak akan melayan "broker" yang setakat mahu menguji "gunting rambut", "cucuk jarum" dan sebagainya. Menurut pemilik barang ini, jika mahu, sila bawa wang, uji dan jika terbukti luar biasa, urusniaga boleh dijalankan.

AURA "MINYAK AJAIB"


Ini bukan sebarangan minyak urut/gosok. Ini tidak dijual di kaki lima. Ini minyak "tinungkusan" (bahasa Kimaragang bermaksud - warisan nenek moyang).
Maklumat penting berkaitan barang:


1. Pemilik: "Mr.A" daripada "Odu R. Bt. S"
2. Lokasi/kampung: Kg. Tingkalanon, Tandek, Kota Marudu.
3. Keluarbiasaan: minyak ini telah banyak membantu (dengan Izin Allah jua) ramai mangsa patah tulang khususnya di daerah Kota Marudu, Sabah.
4. Cara rawatan: sekadar sapu 1-3 kali. Tidak perlu kemahiran mengurut. (Biasanya cuma sekali sapu sahaja jika memang serasi/ diizinkan Tuhan).
5. Pantang : tidak boleh mematah objek dalam tempoh berubat.
6. Pengeras: kebiasaannya RM50 sekali gosok (saya fikir ini sangat murah berbanding kos rawatan di klinik swasta/bomoh lain yang belum tentu sembuh/ memakan masa yang lama untuk sembuh).
7. Sejarah ubat: Diperolehi daripada sejenis ramuan tumbuhan. Ramuan ini diperolehi hasil pengalaman ganjil nenek moyang yang berburu di dalam hutan. (Penemuan tanpa sengaja. Semuanya dengan Rahmat-NYA)
*8. Status: boleh dikategorikan sebagai "barang mistik".
*9. Harga: Tidak ternilai (bukan untuk diniagakan)

Kisah "Mr.A" kepada mufakiralam:

Kawan saya pemain bola. Striker yang agak lincah juga. Akibat kelincahan selalu ditackle lawan. Pada satu hari, pergelangan kakinya cedera teruk. Hampir satu minggu tidak dapat turun kerja. Berbagai ubatan sudah diguna. Akhirnya, dengan minyak ini, sekali sapu saja, secara spontan dia dapat berdiri, melompat, berjalan dan berlari. keesokan harinya sudah dapat kerja. Alhamdulilah, dengan minyak ini beliau turut dapat membantu insan-insan yang ditimpa musibah. Pernah satu ketika, ada seorang insan terlibat kemalangan maut. Rakannya meninggal. Kes ini berlaku di Kota Marudu. Si kawan (seorang guru) pula masuk ICU, koma. Tulang rusuk patah sambil mencucuk bahagian jantung. Dipendekkan cerita, apabila kena sapu, dengan serta merta tulang-tulang rusuknya kembali seperti asal. Doktor di Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, sangat hairan. Menurut kawan itu, semasa dia dalam keadaan koma, dia rasa ada sesuatu yang sejuk menyentuh dadanya dan dapat merasakan tulang-tulangnya bergerak-gerak. Ada beberapa lagi kisah seumpama ini tapi memadailah satu kisah ini sebagai bahan renungan. Justeru, kepada yang menganggap dirinya modern, tanyalah sang doktor tentang keajaiban ciptaan Tuhan ini...
Nota: JANGAN YAKINI UBAT YANG MENYEMBUHKAN. ALLAH YANG MENYEMBUHKAN KERANA HIKMAH DALAM UBAT ITU, ALLAH YANG MENCIPTAKANNYA. BANYAK-BANYAKLAH KITA BERSYUKUR. MEMUJI ALLAH YANG ESA...Ini

ALLAH MAHA BIJAKSANA MAHA MENGETAHUI MAHA MENCIPTA

Setiap ciptaan Tuhan di alam semesta pastilah ada guna, hikmat dan hikmahnya. Jika tidak, tentu ini berlawanan dengan sifatNYA - Maha Bijaksana. Musthil DIA mencipta main hentam keromo macam manusia yang lemah ini. Tidak mempercayai hakikat ini tentulah satu kesilapan dan kesalahan kerana seolah-olah menidakkan hikmah di setiap ciptaanNYA. Akan tetapi, mempercayai dengan iktikad yang salah, lagilah salah dan boleh merosakkan aqidah. Oleh yang demikian, syor saya: percayalah secara sederhan, akui kebesaran Allah, akui hikmah-hikmah ciptaan-Nya namun yang berkuasa hanyalah Allah. Adapun "kuasa" sesuatu barangan ciptaan Allah itu adalah atas kehendak-Nya dan izin-Nya jua. Inilah ajaran guru-guru saya, dan komen ustaz/ulama/pak kyai yang saya tanya.Saya tidak perlulah mengetengahkan dalil-dalil dari ayat-ayat kitabullah atau hadis-hadis atau pandangan-pandangan para ulama. Yang saya nukilkan nanti dalam laman blog "AURA" ini adalah intipati Firman-NYA, hadis Nabi, Kisah-kisah para nabi dan pendapat-pendapat para ulama juga.Blog ini akan memfokus kepada paparan "barang-barang mistik" yang diperolehi dari banyak sumber hasil daripada kembara di sana-sini serta e-mail para sahabat dan rakan-rakan. Memandangkan kesemua barangan antik/mistik yang bakal saya paparkan mempunyai "nilai" maka saya akan rahsiakan pemiliknya, tempatnya, serta beberapa maklumat terperinci sebgaimana yang diamanahkan oleh sumber maklumat atau pemilik barangan tersebut. Dan seperkara YANG SANGAT PENTING - saya hanyalah penulis blog yang tidak punya apa-apa kepandaian mengenai barang-barang tersebut. Saya hanyalah pemudahcara...