Wednesday, January 7, 2009

"Aura PULLIAS"


Tidak lut dek senjata/peluru tidak sam dengan Tidak kena. Dalam istilah Dusun ini dikenali sebagai "pulias' (barang/wafak yang boleh menyebabkan si pemakai, tidak kena dek peluru, InsyaAllah). Barang seumpam inilah yang diminati ramai pencari ilmu kebatinan/ barangan mistik. Secara logik, adalah lebih baik "pulias" daripada "kebal".

Nama barang : Pulias
Asal : dipercayai hadiah daripada guru agama zaman lampau di Ranau
Pemilik asal : Panglima Saupin, Ranau
Kegunaan : Pulias
Pemegang semasa : Hamba Allah, Ranau.

Menurut cerita, pada zaman ke-2, pemakai barang ini 'terlindung' daripada tembakan peluru musuh. Allahualam...

Monday, January 5, 2009

AURA "BATU PASAK BUMI"


Ramai peminat barang istik mencari barang ke sana-kemari. Tapi dengan izin dan kehedakNya, ada insan yang diberi tanpa perlu mencari. Barang ini tidak dicari tapi datang sendiri. Baru ini "jatuh" dari arah yang tidak diketahui semasa majlis tahlil khas di rumah pemiliknya sekarang.


Nama barang : Pasak Bumi

Pemilik: Hamb Allah, Kg. Lohan 1, Ranau

Kegunaan : Mengikut guru, ia boleh membawa rahmat. Hendaklah dikubur di tengah halaman rumah dan rahmatnya merebak kepada orang ramai.


Memandangkan pemiliknya seorang Islam yang boleh dianggap warak maka beliau tidak mahu membesar-besarkan cerita mengenai barang mistik yang dianugerahkan Allah kepadanya. Allahualam...

Saturday, January 3, 2009

AURA BAMBU KUNING


Sesaat sahaja saya melihat tongkat ini, saya sudah rasakan bahawa ini bukan sebarang bambu. Bukan juga sembaranng tongkat. Sekilas pandang tiada apa-apa kelebihan tapi kalau direnung...akan nampak keluarbiasaannya. Jika dipegang akan terasa "kelainannya"...

Tongkat ini dijumpai oleh seorang hamba Allah semasa mencari bambu kuning. Pemiliknya juga kebetulan peminat barang mistik. Menurut beliau, barang ini telah "diisi" dengan aura khas untuk KEWIBAWAAN...dan "PENDINDING"...

Saya gagal mendapatkan maklumat lanjut tentang aura tongkat bambu kuning ini kerana pemiliknya terlalu berahsia dan merendah diri...


Nota: Jangan ketawa. Dengan izin Allah barang biasa boleh punyai "aura". Apa istimewanya tongkat Nabi Musa? Bukan diperbuat daripada emas permata. Hanya tongkat kayu yang telah ditakdirkan menjadi tongkat mukzijat. Fikirkanlah...

Thursday, January 1, 2009

AURA KALIMAH "ALLAH" & "MUHAMMAD"

(Gambar sebelah menyebelah)

Benda baik boleh mendatangi orang baik dan orang jahat. Agar yang baik bertamba takwa& warak, manakala yang jahat berubah menjadi baik. Kerana lain orang, lain cara ia boleh dididik/berubah. Kerana itulah, kepada mereka yang merasa dirinya sudah alim dan takwa, berfikirlah beberapa kali sebelum "anti-barang mistik"...Jika anda berfikiran begitu, mungkin benar engkau alim. Tapi orang alim belum tentu takwa, yang takwa belum tentu warak, yang warak belum tentu zuhud (tapi biasanya orang warak juga zuhud)...

Entri kali ini, sempena 1/1/2009, saya paparkan barang kesayangan sahabat saya. Cantik bukan? Bagi yang Islam, tak payah saya nytakan kegunaannya sudah akur bahawa barang ini barang baik/mulia.

Nama barang : Kalimah Allah & Muhammad
Pemilik : Perantau dari Tuban, Jawa Timur.
Cara dapat : "Jumpa tak dicari"
Kegunaan: Pelaris jualan (InsyaAllah) dan lain-lain kegunaan.

Benda sebegini baik memang baik auranya. Hikmahnya pun baik. Saya maklum benar hikmahnya bila melihat kesuksesan sahabat saya. Bisnes maju, hati jujur, dan "warak" . Pendek kata memang ada kebaikannya/rahmatnya.


BAGAIMANAPUN, HENDAKLAH BETUL IKTIKAD BAHAWASANYA ALLAH JUALAH YANG MENENTUKAN HIKMAHNYA. JIKA TIDAK YAKIN AKAN KEKUATAN IMAN DAN AQIDAH, JAUHILAH BARANGAN MISTIK KERANA ANDA BOLEH SYIRIK DAN TERGELINCIR DENGAN AMAT MUDAH...

Wednesday, December 31, 2008

AURA KERANG BATU


Macam-macam cara orang jumpa barang ajaib atau mistik. Itulah namanya takdir. Tapi kadang-kadang, ada juga permainan syaitan untuk menyesatkan manusia. Ada barang mistik yang sengaja mencari tuan baru untuk "merosakkan" akidah seseorang. Tapi ingat, bukan semua barang mistik begitu.


Kali ini saya paparkan satu barang yang agak ajaib juga dan disayangi oleh pemiliknya yang juga pengamal ilmu perubatan tradisional dan juga guru silat. Dia sentiasa membawa barang ini. Maknanya, baranng tersebut memang istimewa baginya.


Nama : Kerang batu.
Pemilik : Hamba Allah, Kota Marudu.
Cara dapat : Jumpa di Bukit Garam
Kegunaan : "Bawa jalan-jalan" (Dalam maknanya ini. Pendek kata serba guna). InsyaAllah...


Jadi, kalau anda terjumpa barang ganjil, jangan terus buang. Bertanyalah dulu kepada yang arif. Dan sebagai ingatan, jangan terus bawa masuk dalam rumah. Dikhuatiri auranya "kurang baik". HATI-HATI TIDAK RUGI...

Monday, December 29, 2008

AURA LIMAU MANIS BATU


Setiap pasangan suami isteri ingin rukun damai dan terhindar dari gangguan dari luar. Antara yang paling menyakitkan hati bilamana keluarga porak poranda akibat mainan orang berbantukan syaitan dan iblis atau jin. Barang yang saya paparkan ini berkaitan kerukunan rumah tangga:


Nama : Limu manis batu (bentuk macam limau tapi sebenarnya batu)
pemilik : Orang Jawa
Asal : Daerah Tuban, Jawa Timur.
Kegunaan : Perukun rumah tangga (InsyaAllah) dan kegunaan lain yang tidak dinyatakan oleh pemiliknya sekarang.


Nota: Pemilik barang ini pernah membantu (dengan Izin Allah) untuk mendamaikan sepasang suami isteri yang hampir bercerai gara-gara si isteri mau ikut lelaki lain. Si isteri sudah "gila kepayang". Alhamdulilah, sekarang sudah baik-baik dan hikmahnya si suami sudah rajin beribadah. Subhanallah!...

Friday, December 26, 2008

AURA MINYAK PENGASIH...


Bila sebut ilmu pengasih, fokus orang kepada minyak yang boleh buat anak dara dan bini orang ikut balik rumah. Bukan semua minyak pengasih begitu. Saya pun tak mau cari minyak macam itu. Berdosa memaksa jodoh apatah lagi meruntuhkan rumah tangga orang lain. Kali ini saya paparkan minyak pengasih agar dikasihi oleh orang ramai. Yang ini harus bergantung kepada niat. Kalau tujuan mau naik dalam politik sedangkan diri sebenarnya bukan pemimpin, yang itu hukumnya kena tanya orang lebih arif daripada saya.


Nama : Minyak pengasih
Pemilik : Hamba Allah
Cara dapat : Warisan 7 keturunan (dari Tanah Suluk)
Kegunaan:

1. Wibawa/disukai ramai
2. Jadi tumpuan orang

Nota: Ada cara mengguna dan ada ramuan lain.


Namun ingatlah bahawa semuanya dengan izin Allah. Baik atau buruk hanya terjadi dengan izin Allah Taala jua. Benda buruk kalau terjadi kepada seseorang pun ada hikmahnya. Bukan saja-saja Allah timpakan musibah kepada hambaNya. Mungkin untuk membersihkan dosanya kepada sesama manusia atau sebagainya. Jadi, kiranya kita terkena buatan orang dan sebagainya, hendaklah redha disamping berusaha mencari ubat. InsyaAllah, akan ada hikmahnya...